CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, November 29, 2010

dua perkara paling rumit di dunia!

dalam hidup saya.
ada dua perkara yang saya kira paling rumit di dunia
atau dalam bahasa lainnya
there are two complicated things in my world (poyo skit)
first; future
second; men
ya-ya!
betul kan
masa depan rumit
lelaki pun rumittt
atau saya terjemahkan melalui bentuk persamaan:
masa depan+lelaki=rumit

tentang masa depan, kalau kita terlalu sibuk memikirkannya, masa sekarang boleh terabai
jadi, take a rest.
berhenti berfikir. sekejap.
tapi tentang lelaki
kalau saya diberi peluang untuk berehat setahun,
saya pasti memilih untuk duduk di jalanan dan mengkaji tentang lelaki.
urm.

Saturday, October 30, 2010

hidup macam aiskrim, jgn biar ia cair

i love ice cream!
yes, i do!

hidup mcm ais krim?
iya lah!
sedap.

hidup sedap?
eh, bukanbukan.
guna perkataan yg lebih sesuai.
hidup ni indah la!
sedap=indah
mcm ais krim


jadi.
kenalah nikmati kesedapan ais krim tu sebelum ia mencair
same like our life
live life to the fullest!
nikmatilah keindahan hidup sementara kita berpeluang menikmatinya!


Sunday, October 24, 2010

terima kasih!


never shall i forget the days i spent with you. continue to be my friend as you will always find me yours. - Ludwig Van Beethoven

terima kasih, buat teman-teman seperjuangan,
yang menceriakan harihari yang gundah,
membuat saya ketawa walaupun untuk beberapa ketika, 
menenangkan hati yang kdgkdg berduka,
sesungguhnya kehadiran kalian walaupun hanya pada semester ini, cukup terkesan di hati saya. 
buat saya ketawa sendirian bila teringatingat lawak jenaka kalian,
buat saya tersenyum keseorangan bila terngiangngiang pesanan kalian.

terima kasih!












Saturday, October 23, 2010

Kertas - Penantian

a beautiful song from Kertas Band: Penantian (-_-)

sebelum mencari yang baik, berusahalah dahulu untuk jadi yang terbaik!

hari minggu. seharian mengadap laptop.
buka facebook. asyik-asyik, click home, click profile. huh. memang busan.

tiba-tiba, fikiran menerawang memikirkan persoalan jodoh. hum, menarik. 
lalu jari gatal menaip satu klausa berkaitan jodoh. beberapa saat kemudian terserempaklah dengan satu blog yang begitu menarik, http://saifulislam.com/

lalu saya membaca satu persatu coretan penulis blog tersebut, abusaif berkaitan jodoh dalam hidupnya. wahwah. beliau begitu redha dengan ketentuan Ilahi. mencari calon isteri menggunakan orang tengah. solat hajat meminta petunjuk Ilahi. lalu, kerana semuanya sudah tertulis, beliau hanya bertemu 4 mata dengan bakal isterinya pada majlis pertunangan mereka. 
kagumnya! kalau la saya punya hati yang cekal dan redha sebegitu! hum.

jodoh perlu dicari. bukan hanya perlu duduk terjelepuk di atas sejadah, berdoa minta ditemukan dengan orang yang dicari.
usaha itu satu keperluan. namun bergantung kepada individu itu bagaimana mahu mengusahakannya. pun begitu, perlu kita muhasabah diri, sebelum kita mencari jodoh dalam kalangan orang yang baikbaik, berusahalah dulu untuk jadi yang terbaik.

bullet in my heart

sadis betul la. kalau tahu dari awal, kita tak kenal pun xpa kankan. setahun lebih dia menipu saya. dalam setahun tu, bukan berselang-selang hari, malah harihari saya ditipu. wahwah. memang manusia sekarang mcm tu? hum. 


entah bila masa dia bermain kayu empat pun saya tak tahu la kan. sehari, 3-4 kali call saya, msg lagi. hum. bila masa dia main belakang pun tak tahu la. really. i have no idea!

pelik la. bila jadi mcm ni, saya cuba sedaya upaya untuk jadi begitu profesional. cuba. dan cuba lagi. walau dalam hati, tuhan saja yang tahu. saya berhubung terus dengan org yang ketiga. minta kepastian. ouh, kenyataan memang menyakitkan! dan saya terus cuba jadi profesional. walaupun sukar pada hakikatnya.

buat si dia:
hum. sukar nak terima kenyataan. sebab hubungan yang dibina bukan hanya antara kita berdua. melibatkan keluarga juga.
apa maksud pengorbanan yang kamu lakukan untuk saya selama ini?
apa tanda cincin yang telah diberi?
adakah sekadar untuk 'membeli' kepercayaan saya selama ini?

terima kasih kerana telah singgah seketika dalam hidup ini. 
walaupun tak lama, cukup buat hari-hari yang berlalu rasa terisi.

Tuesday, August 17, 2010

mari belajar untuk curang

curang
sebut saja pasal curang
secara automatik fikiran kita akan fokus kepada kecurangan yg berlaku antara pasangan kekasih
^_^apakah?^_^
memang
perkataan ni lebih sesuai dalam konteks sesebuah perhubungan
tapi kalo tgk pada sudut yang lebih luas, curang boleh berlaku dalam pelbagai aspek.
kecurangan akademik contohnya
meniru dalam exam, plagiat dan sebagainya. 
kecurangan ekonomi pula berlaku bila adanya riba.
itulah curang!

tapi
curang dalam perhubungan itu masalah besar, dong!
curang bermaksud tipu daya, kelicikan, mengelabui, culas, tak jujur, tak lurus hati dan bermacam-macam lagilah perkataan keji yang lain.

dalam perhubungan, apakah wajar sekiranya kita curang?
tidak, bukan.
namun curang menjadi wajar dan sah bila kita dicurangi...
yea!(*_*)

mari belajar untuk curang!