CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, October 23, 2010

sebelum mencari yang baik, berusahalah dahulu untuk jadi yang terbaik!

hari minggu. seharian mengadap laptop.
buka facebook. asyik-asyik, click home, click profile. huh. memang busan.

tiba-tiba, fikiran menerawang memikirkan persoalan jodoh. hum, menarik. 
lalu jari gatal menaip satu klausa berkaitan jodoh. beberapa saat kemudian terserempaklah dengan satu blog yang begitu menarik, http://saifulislam.com/

lalu saya membaca satu persatu coretan penulis blog tersebut, abusaif berkaitan jodoh dalam hidupnya. wahwah. beliau begitu redha dengan ketentuan Ilahi. mencari calon isteri menggunakan orang tengah. solat hajat meminta petunjuk Ilahi. lalu, kerana semuanya sudah tertulis, beliau hanya bertemu 4 mata dengan bakal isterinya pada majlis pertunangan mereka. 
kagumnya! kalau la saya punya hati yang cekal dan redha sebegitu! hum.

jodoh perlu dicari. bukan hanya perlu duduk terjelepuk di atas sejadah, berdoa minta ditemukan dengan orang yang dicari.
usaha itu satu keperluan. namun bergantung kepada individu itu bagaimana mahu mengusahakannya. pun begitu, perlu kita muhasabah diri, sebelum kita mencari jodoh dalam kalangan orang yang baikbaik, berusahalah dulu untuk jadi yang terbaik.